1) Bagaimanakah cara pengambilan Diffenz Junior kanak-kanak?
Hanya kunyah atau kemam 1-2 tablet, dua kali sehari selepas makan bergantung pada berat dan umur. Rujuk jadual Cara Pengambilan untuk sukatan yang disarankan.
2) Bolehkah kanak-kanak di bawah 2 tahun mengambil Diffenz Junior?
Kanak-kanak yang berusia kurang dari 2 tahun tidak digalakkan mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi ini melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup.
3) Bolehkah kanak-kanak mengambil Diffenz Junior jika mengambil ubat-ubatan lain?
Boleh, tiada masalah. Jarakkan pengambilan Diffenz Junior 30 minit dengan pengambilan ubat-ubatan.
4) Bolehkah kanak-kanak yang mempunyai intoleransi laktosa mengambil Diffenz Junior?
Kolostrum merupakan susu awal yang kaya dengan peptida dan tidak mengandungi laktosa. Jadi, tiada masalah bagi kanak-kanak yang mengalami intoleransi laktosa mengambil Diffenz Junior.
5) Adakah Diffenz Junior perlu disimpan di dałam peti sejuk?
Hanya simpan di suhu bilik dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Diffenz Junior untuk mengelakkan ia teroksidasi.
6) Adakah Diffenz Junior mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Ya. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (BKKM).
7) Adakah semua jenis penyakit boleh mengambil Diffenz Junior?
Secara amnya, semua boleh ambil. Namun, bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit-penyakit khusus seperti menjalani dialisis, thalassemia major dan hemochromatosis sebaiknya mendapatkan nasihat daripada Doktor yang merawat terlebih dahulu untuk penyesuaian. Bagi kanak-kanak ini, pengambilan vitamin C pada dos yang rendah boleh membantu mengurangkan stres oksidatif yang dialami.
8) Bolehkah kanak-kanak yang alergi cendawan mengambil Diffenz Junior?
Alergi cendawan ini mungkin hanya pada sesetengah spesis cendawan sahaja. Disyorkan untuk mengenal pasti jenis cendawan yang boleh menyebabkan tindak balas alergi. Diffenz Junior hanya menggunakan ekstrak Cendawan Susu Harimau. Jadi, tiada masalah untuk mencuba mengambil Diffenz Junior selama beberapa hari. Seandainya kesan- kesan alergi muncul sebaik sahaja ambil Diffenz Junior, boleh hentikan penggunaannya.
9) Adakah Diffenz Junior mempunyai gula tambahan?
Ia tidak mengandungi gula tambahan. Kandungan gula dalam 1 tablet Diffenz Junior datang daripada sumber semula jadi iaitu buah oren. Jangan risau dan kerana kandungan gula ini sangat sedikit dan kurang dari keperluan seharian. Anda hanya perlu bercakap 3-5 minit untuk membakar kalori ini.
10) Adakah Diffenz Junior boleh menguatkan dan meningkatkan kesihatan minda kanak-kanak?
Diffenz Junior lebih fokus khusus untuk menguatkan sistem imun, tumbesaran yang sihat, bronchiolitis, asma, resdung dan alergi.
11) Bolehkah individu yang mempunyai G6PD ambil Diffenz Junior?
Boleh. Vitamin C amat penting untuk pesakit ini sebab Vitamin C diperlukan untuk metabolisma zat besi dan pembentukan sel darah merah baru. Kandungan vitamin C dalam Buah Camu-Camu yang terdapat dalam Diffenz Junior mempunyai kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding vitamin C lain. Ini disebabkan oleh gabungan bahan fenolik dalam buah camu-camu dan ini boleh meningkatkan penyerapan vitamin C di dalam badan. Bagi golongan ini, sangat disarankan untuk mengambil vitamin C kerana ia dapat melindungi dari pengoksidaan sel darah merah.
12) Mengapakah kandungan Vitamin C, Vitamin D dan Multivitamin tidak dinyatakan pada botol atau kotak Diffenz Junior?
Eskayvie tidak menyatakan dos bahan-bahan di dalam Diffenz Junior kerana ia melibatkan formulasi serta bagi memelihara hak cipta Eskayvie. Namun, jangan risau kerana Diffenz Junior mematuhi setiap garis panduan dan piawaian penggunaan bahan aktif yang ditetapkan dan telah mendapat kelulusan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia.