Telomere adalah penutup keselamatan DNA yang bertindak melindungi kromosom penting di dalam sel.
Beberapa kajian penyelidikan mengaitkan bahawa kemerosotan dalam keadaan kesihatan kita dikaitkan dengan pemendekan telomere, terutamanya disebabkan oleh proses penuaan.
Pemendekkan telomere ini akan berlaku secara semula jadi di dalam badan akibat stres, trauma dan radikal bebas akibat gaya hidup yang tak sihat seperti merokok, kurang senaman, obesiti serta pendedahan kepada pencemaran.
Selain dari itu, ada kajian yang membuktikan bahawa pemendekkan telomere menyebabkan perkembangan penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi dan kardiovaskular.
Namun, pemendekkan ini dapat diatasi dengan bahan-bahan nutrisi terpilih yang bertindak sebagai Telomerase Activator.